Posts

Pengurusan Pembelajaran Kondusif

Image
  SITI NUR BALQIS BINTI MUHAMAD AREFEN D20201095295 KUMPULAN D  Persekitaran yang kondusif bukan sahaja amat penting demi menjalankan proses PdP yang lancar, namun ia merupakan satu elemen penting yang perlu diberi perhatian dalam usaha kita untuk meningkatkan hasil pembelajaran. Menurut Fraser, persekitaran pembelajaran ini adalah suatu tempat berlakunya proses pembelajaran, di dalam konteks sosial, psikologikal mahupun pedagogikal yang mempengaruhi proses dan pencapaian akhir pembelajaran. Menurut beliau lagi, persekitaran yang kondusif dapat menggalakkan aktiviti intelektual dan skil-skil seperti kerjasam dan toleransi, di samping menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan minda para pelajar. Jika kita berkata tentang proses PdP semasa sebelum berlakunya pandemik Covid-19, pastinya persekitaran pembelajaran ini akan dikaitkan dengan persekitaran fizikal ataupun persekitaran bilik darjah.   Para pelajar banyak menghabiskan masa untuk PdP di dalam bilik darjah di sek...